kebelakangan ini, kebanyakkan akhbar-akhbar di MALAYSIA ni asyik meng’post’kan pelbagai berita yang karut,berunsur fitnah,yang xsepatutnya masuk paper dan sebagainya..
sepanjang pemerhatian yang dibuat, akhbar harian M***O adalah yang paling ketara dalam bab-bab mengarut nie..
tajuk depan nak gempak jer..semua nak pasal seks jer..perkataan yang fames sgt akhbar nie guna macam ROGOL,CABUL,MAK JANDA,BOHSIA,PELACUR, dan etc..sebab tu la akhbar nie dikatakan sekarang no.1 dalam MALAYSIA..mungkin ini adalah satu taktik dalam mempelariskan akhbar diorang.tapi mmg keji la..berita yang disiarkan pula lebih banyak berkisar ttg artis,gosip dan kalau ada berita-berita biasa pun sikit2..kadang kala berita yang kecik diperbesarkan dan berita yang besar diperkecik kan..aduh,memang pelik dan serabai.
kalau yang tue asyik keluarkan berita pasal seks,akhbar ni pula asyik sibuk mengampu kerajaan..kalau PAS ada HARAKAH dan boleh dikatakan kalau BN dieorang ada akhbar ni.akhbar U****N ni pula macam dah jadi akhbar rasmi kerajaan..sepatutnya,akhbar ni xboleh la masuk sebelah BN jer,x fair la..dah la akhbar harian,harakah tu plak ntah brape kali sebulan keluar..patut la semua orang cakap media massa MALAYSIA nie cha kue tiaw..ini adalah contoh berita yang dikeluarkan..
“PETALING JAYA 12 Feb. – Tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada ‘gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam’, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu serta-merta berkuat kuasa hari ini.”
‘gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam’,-ayat ni memang ‘power’ dan sial..ntah sape la gerombolan tue..senang2 jer fitnah orang..cikgu kat sekolah dulu cakap xbaik fitnah orang..ustaz fardhu ain dulu habaq, daripada fitnah bek la makan daging member jer..huhu…pikir2 la sendiri..