Saturday, August 20, 2011

Perihal Chenta

 
Kepada yang masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.
 
 

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .

Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.



Kepada yang PATAH HATI…

Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.
 
 

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.
 
 

Kepada yang ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.



Kepada yang takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.
 
 

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupekan... 
 
 

Wednesday, August 17, 2011

Mengatasi Ego Lelaki (Bagi Pompuan)..hehe

Untuk mengawal atau mengatasi ego seorang lelaki adalah suatu perkara yang agak sukar. Tetapi ianya tidak mustahil kerana lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Berkemungkinan anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian untuk mengatasi ego mereka. Ianya memerlukan sedikit kesabaran dan masa untuk anda berjaya mengatasinya. Terpulang kepada kreativiti anda sendiri untuk menggunakan pendekatan yang dirasakan sesuai.
 
Dengar apa yang mereka katakan- Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.
Buatkan mereka berasa bijak- Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.
Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO- Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.
Pujian- Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.
Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik seperti yang dikehendakinya- Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.
Buatkan mereka merasakan merekan betul- Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.

Monday, August 15, 2011

ReviewReview sejarah ringkas tentang kemunculan golongan syiah dan pecah-pecahannya

Makna Syiah dan at-Tasayyuk:
Syiah dan at-Tasyyuk pada bahasanya bererti ahlinya atau para pembantunya dalam menegakkan ajaran yang dibawa (ansaruhu).
Firman Allah:
وَإِنَّ مِنْ شِيعَتِهِ لإِبْرَاهِيمَ
Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.()
Berkata Ibnu Kathir: Bererti ahli agamanya.
Berkata Mujahid: Bererti orang yang mengikuti metod dan sunnahnya.
Dalam kitab Milal wa-Nihal karangan as-Syahrastani: Bererti orang yang menegakkkan ajaran Imam Ali Abi Talib, mengatakan akan Imamnya dengan nas dan mendakwa seluruh keturunannya adalah Imam.
Tentang kemunculan Syiah, ianya lebih merujuk kepada sejarah bahawa kemunculan mereka melalui tiga peringkat iaitu:-

Pertama: Peringkat Sejarah
Sebahagian ahli sejarah (yang mengkaji tentang golongan-golongan dalam islam), berpendapat bahawasanya kelahiran dan pembentukan Syiah lebih merujuk kepada zaman nabi saw ketika hayatnya. Mereka mengatakan bahawa sesungguhnya nabi saw telah menaskan tentangnya keimamanya (Ali Abi Talib) ketika hayatnya. Mereka berdalilkan dengan hadith-hadith nabi, antaranya sabda Rasulullah saw:
من كنت مولاه فعلى مولاه اللهم والى من ولاه وعاد ممن عاداه وانصر من نصره واخذل من خذله وأدر الحق معه حيث دار.
Sabda Rasulullah saw lagi:
أنت منى بمنزلة هارون من موسى الا أنه لا نبى بعدى
Ketikamana nabi saw mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin, berkata nabi kepada Ali ra: Kamu (Ali) adalah saudaraku.
Antara sabda Rasulullah saw:
أنا مدينة العلم وعلى بابها
Dan katanya lagi kepada Ali ra:
تقاقل على تأويل القرآن كما قاتلت على تنزيله
Hadith-hadith ini adalah lahir daripada para pengikutnya.
Mereka mendakwa nabi telah mewasiatkan agar Ali ra dilantik sebagai khalifah selepasnya. Mereka juga mengatakan bahawa Ali merupakan sebaik-baik umat.()
Ini adalah peringkat sejarah dalam pembentukan Syiah.

Kedua: Peringkat politik
Peringkat ini lebih merujuk kepada peristiwa yang berlaku selepas pembunuhan Khalifah yang ketiga iaitu Uthman bin Affan.
Peristiwa tersebut berkesinambungan dengan berlakunya perang Siffin pada tahun 36H antara Ali beserta pengikutnya dengan pengikut-pengikut Khalifah Uthman Affan.
Sebagaimana yang telah maklum perang Siffin antara golongan Aliwiyin (para pengikut Syaidina Ali ra) dengan golongan Umawiyin (para pengikut Muawiyah Bin Sufyan) pada tahun 37H, merupakan sebesar-besar faktor yang telah membawa kepada pembentukan Jemaah Syiah dalam bentuk politik, di mana mereka mengangkat Ali sebagai Imam dan menanamkan semangat tersebut dalam politik mereka manakala golongan Umawiyin mereka anggap sebagai musuh ketat dan patut diperangi. Permusuhan ini telah mengorbankan mangsa seramai beribu-ribu jiwa dikalangan umat Muslimin semaada di pihak Aliwiyin mahupun pada pihak Umawiyin.
Peristiwa ini dinamakan sebagai peristiwa Fitnah Kubro ataupun Mihnatul al-Muslimin.
Punca peristiwa ini adalah kerana campurtangan daripada golongan Yahudi terutamanya Abdullah bin Saba’ yang telah mengapi-apikan suasana.
Akibat daripada sorotan peristiwa ini, telah mendorong para pengikut Ali mengangkatnya sebagai Khalifah yang pertama berdasarkan kepada nas dan penentuan daripada Rasulullah saw sebagaimana tersebut di atas.

Ketiga: Peringkat Aqidah
Peringkat ini pula lebih merujuk kepada pembentukan Syiah sebagai sebuah parti agama (Hizbu ad-Dini), di mana mereka mengambil aqidah ini sebagai asas kepada pembentukan mereka berikutan dengan pembunuhan Syaidina Hussein ra pada tahun 61H.
Mukhtar bin Abi `Abid at-Thaqafi (salah seorang mawali Parsi) sejurus kemudian pembunuhan Syaidina Hussein bertindak membakar dan menaikkan semangat pengikutnya untuk membalas dendam terhadap Umawiyin yang telah melakukan pembunuhan tersebut. Mukhtar mengambil peluang ini dengan mengumpulkan ramai pengikutnya dikalangan penduduk Iraq sehinggalah menjadi seakan-akan satu mazhab agama dan aqidah yang mengaku sebagai golongan ansar kepada Hussein dan keluarganya. Dengan ini jadilah tasayyuk ini sebagai acuan daripada agama.()
Inilah tiga peringkat yang di lalui oleh Tasyyuk dan Syiah sehingga membawa kepada pembentukan mereka.
Golongan-golongan Syiah.

Setelah kita mengetahui makna Syiah dan Tasyyuk serta peringkat yang di lalui, adalah satu yang wajar bagi kita mengetahui golongan-golongan Syiah itu sendiri (pecahan-pecahan Syiah). Antara sepenting-penting kalsfikasi Syiah adalah terdiri kepada tiga golongan:-
Syiah mughaliyah (pelampau)
Syiah Rafidah (Imamiyah)
Syiah Mu’tadilah (Zaidiyah)

Syiah mughaliyah (pelampau): Adalah mereka yang melampau terhadap dakwaan imamnya Ali. Mereka mendakwa bahawa Ali adalah nabi (nubuwah) bahkan tuhan (uluhiyah) sehinggalah kepada susur galur keturunannya.

Pecahan-pecahan Syiah Mughaliyah.
Al-Bayaniyah (Bayan bin Sam`an at-Tamimi).
Puak ini mendakwa bahawa Allah adalah berbentuk manusia, dan semua apa yang ada di alam ini akan binasa melainkan Allah. .
Kumpulan Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Jaafar zi al-Janahain.
Mereka berkata tentang tanasukh ruh(), bahawasanya ruh Allah berada pada Adam kemudian berlakunya tanasukh sehingga berpindah kepada Abdullah bin Muawiyah.
Kumpulan Abdullah bin Amru bin Harb.
Mereka mendakwa bahawa ruh Abi Hasyim Abdullah bin Muhammad bin Hanafiah telah berpindah kepada Abdullah bin Harb lalu menetap di situ.
Kumpulan Mughairah bin Saad.
Mereka (Syiah) mendakwa beliau adalah nabi yang mengetahi nama Allah yang maha agung. Beliau banyak mentakwil ayat-ayat al-Quran tanpa saluran yang tepat manakala kebanyakan kata-katanya penuh kekufuran..
Al-Mansuriyah (Abi Mansur).
Mereka mendakwa sepatutnya imam selepas Abi Jaafar Muhammad bin Hussein Ibn Ali adalah Abu Mansur.
Al-Khutabiyah (kumpulan Abi al-Khatab)
Al-Ma’mariyah.
Mendakwa dunia ini bukanlah bersifat fana.
Al-Bazigiyah (kumpulan Bazig bin Musa).
Mendakwa bahawa Jaafar bin Muhammad adalah Allah dan menyerupai manusia. Mereka juga mendakwa tidak akan mati sebaliknya akan di angkat ke langit.
Al-Mumairiyah (kumpulan Umair bin Bayan al-Ajali).
Mereka mengatakan Jaafar adalah tuhan yang patut di sembah.
Al-Mufadliyah.
Mereka mendakwa tentang ketuhanan Jaafar dan mendakwa diri mereka sebagai nubuwah dan risalah.
Kumpulan yang mendakwa bahawa Ruhul Qudus yang ada pada nabi berpindah kepada Hussein kemudian kepada Muuhammad Ibn Hassan (mereka semuanya adalah Tuhan).
Kumpulan yang mendakwa bahawa Ali adalah Allah dan mereka mendustai Nabi saw.
Kumpulan yang mendakwa bahawa Allah telah masuk ke dalam lima individu iaitu pada Nabi saw, Syaidina Ali ra, Hassan ra , Hussein ra dan pada Fatimah ra. Mereka adalah Tuhan pada pendapat mereka (kumpulan ini) dan mereka (lima individu) mempunyai lima lawan iaitu Syaidina Abu Bakar ra, Syaidina Umar ra, Syaidina Uthman ra, Muawiyah dan Amru al-As.
As-Sabiyah (di nisbahkan kepada Abdullah bin Saba’ yang berkata kepada Ali: “Kamu adalah kamu, Ali bertanya: Siapa saya (yang dimaksudkan) itu? Kata Ibnu Saba’: “Kamu adalah tuhan!!). Ibnu Saba’ juga ada mengatakan bahawa Ali belum mati sebaliknya beliau akan kembali ke dunia sebelum hari qiamat untuk memenuhi dunia dengan keadilan selepas di penuhi dengan kezaliman.
Kumpulan yang mendakwa Allah tidak mencipta alam ini..
Pada hakikatnya pendapat mereka telah terpengaruh kepada pendapat-pendapat dan aqidah-aqidah Majusi() khususnya dakwaan ketuhanan individu, hulul dan tansukh, tasybih, kenabian para imam serta ketuhanannya dan mengingkari berlakunya hari akhirat dan hari kebangkitan semula..

Pendapat-pendapat Syiah

Pendapat Mughaliyah.
Berkata dengan hulul dan tasybih.
Berkata dengan tanasukh.
Berkata tentang kenabian dan ketuhanan Ali serta zuriatnya.
Mengingkari baath (hari kebangkitan) pada hari akhirat dengan hujah bahawasanya balasan baik dan seksaan berlaku ketika hidup di dunia.
Berkata tentang bida’ (iaitu Allah akan mengajar perkara yang belum diketahui)
Berkata tentang raj`ah.

Syiah Rafidah (Imamiyah): Mereka adalah merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein. Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein iaitu antaranya Muhammad bin Hassan al-Askari (iaitu ghaib muntazar pada pendapat mereka ) dan akan muncul membawa kebenaran dan keadilan ketikamana bumi ini dipenuhi dengan kezaliman, kefasikan dan penindasan.

Mereka ini dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khatab dan Uthman Affan dengan hujah bahawasanya Nabi saw telah menaskan Ali sebagai khalifah selepasnya. Namun wasiat ini telah di ketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah saw (pada dakwaan Syiah).

Pendapat-pendapat Syiah Imamiyah.
Imamah tidak berlaku kecuali dengan nas dan wasiat, pendapat mereka ini telah menafikan galakan dan kebebasan umat islam dalam urusan melantik khalifah.
Mereka melaung-laungkan taqiyah ketika berada dalam ketakutan.
Membatalkan ijtihad dalam hukum-hakam, pendapat ini telah menafikan galakan terhadap umat islam untuk membolehkan berijtihad.
Mereka mengatakan Imam adalah sebaik-baik manusia.
Salah satu pecahan daripada golongan ini yang dinamakan al-Kamiliyah mengatakan: Manusia menjadi kufur meninggalkan tuntutan Ali dan Ali mengkufurkan orang yang meninggalkan tuntutan khulafah.
Golongan ini mempunyai sebanyak dua puluh empat pecahan dan menggelarkan golongan mereka dengan nama al-Imamiyah kerana mendakwa berlaku nas imamnya Ali dan anak-anaknya. Antara individu yang paling menonjol dalam golongan ini ialah al-Baqiriyah pengikut Abi Jaafar (Muhammad bin Ali Baqir), Jaafariyah al-Waqifah, al-Aftahiyah yang berkata tentang imamnya Abdullah al-Aftah bin Jaafar as-Sadiq, Ismailiyah al-Waqifah yang berkata tentang imamnya Ismail bin Jaafar, Musawiyah yang berkata tentang imamnya Musa bin Jaafar as-Sadiq dan Ithna Asyriah yang mendakwa rantaian imamah hingga kepada yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Muntazar.()
Daripada golongan ini Imamiyah ithnai asyriah (imam dua belas) adalah yang paling menonjol..
Ianya digelar sebagai Imamiyah ithnai asyriah (imam dua belas) kerana iktiqad mereka kepada dua belas imam dan kadang-kadang dengan nama al-Jaafariyah kerana dinisbahkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq (Jaafar bin Muhammad) atau Imamiyah kerana berlaku rantaian imamah.
Antara Imam-imam yang dua belas itu adalah seperti berikut:-
Abu Hassan: Ali bin Abi Talib (al-Murtadha) 23SH-40H/ 600M-611M.
Abu Muhammad: Hassan bin Ali (Zaki) 3H-50H/ 624M-670M.
Abu Abdullah: Hassan bin Ali (Syahid) 4H-61H/625M-680M.
Abu Muhammad: Ali bin Hussein (Zainal Abidin) 38H-94H/ 658M-713M.
Abu Jaafar: Muhammad bin Ali bin Hussein (al-Baqir) 57H-114H/ 676M-732M.
Abu Abdullah: Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq) 80H-148H/ 699M-765M.
Abu Ibrahim: Musa bin Jaafar bin muhammad (al-Kazim) 128H-183H/ 745M-799M.
Abu Hassan: Ali bin Musa bin Jaafar (ar-Ridha) 153H-203H/ 770M-818M.
Abu Jaafar: Muhammad bin Ali bin Musa (al-Jawad) 190H-220H/ 811M-835M.
Abu Hassan: Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa (al-Hadi) 214H-254H/ 829M-868M.
Abu Muhammad: Hassan bin Ali bin Muhammad (al-Askari) 232H-260H/ 846M-874M.
Muhammad bin Hassan bin Ali bin Muhammad (al-Mahdi Muntazar) dilahirkan pada 255H/ 870H, lalu ghaib dengan ghaibah sughra pada 260H/ 875M kemudiannya ghaibah Kubro tahun 329H.
Penganut kepada ajaran Syiah Imamiyah banyak bertebaran di negara-negara Arab dan islam bahkan seluruh dunia. Kebanyakan Imamiyah lebih tertumpu di Iraq seperti bandar Baghdad, bandar Najf, bandar Karbala’, India, Iran, Pakistan, negara-negara CIS seperti di Qaucacus, Lubnan, Kuwait, Bahrain, Syria, Ihsa’ dan sebagainya().
Syiah mu’tadilah (Zaidiyah): Golongan ini di nisbahkan kepada Zaid bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib.
Sepenting-penting pendapat Zaidiyah
Mereka berkata tentang imamah yang al-mafdul (yang diutamakan) beserta wujudnya al-fadhil (yang mengutamakan), kerana Zaid lebih mengutamakan Ali Abi Talib berbanding sahabat-sahabat Rasulullah saw yang lain seperti Abu Bakar, Umar al-Khatab dan Uthman Affan. Mereka juga berpendapat adalah terkeluar daripada imamah orang yang terlibat dalam kefasikan.
Selepas Zaid datang pula anaknya Yahya pada zaman al-Walid bin Abdul Malik. Selepas Yahya Zaidiyah terbahagi kepada enam pecahan mengikut pendapat masing-masing dan teori mereka tentang imamah, adakah ianya dengan nas?? Dan siapakah yang lebih utama digelar imamah??.